Monday, 9 January 2012

Egg Tart

  
Egg tart...opss ada yg terhangus, still learning
Hari ini saya akan kongsikan resipi egg tart. Resipi ni mmg sedap dan diakui ramai. Marilah mencuba =)

Bahan-bahan (30 Pieces)

Pastry
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1 biji telur
1/2 sk esen vanila

Filling
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sk esen vanila
pewarna kuning

Cara-cara 

Pastry
1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
4. Ratakan doh setebal 1/2 cm dan terapkan dalam acuan.
5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung dan bakar selama 10 minit, 180 degree celcius.
6. Keluarkan doh yang dibakar tadi, kemudian masukkan filling. Bakar lagi selama 10 minit.

Filling
1. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.



Sumber: unknown

Sunday, 8 January 2012

Souffle Cheese Cake

Fresh from oven

Souffle cheesecake with strawberry jam

 Bahan-bahan ( 20 biji(S size) )

  • *60g tepung gandum
  • *25g gula halus
  • 200ml susu segar
  • 60~80g cream cheese
  • 4 biji telur kuning
  • 80g mentega
  • 4 biji telur putih
  • 70g gula halus
  • jem aprikot dan blueberry secukupnya

 

Cara-cara

  1. Letakkan susu dan cream cheese yang dipotong kecil-kecil ke dalam periuk. Dengan api sederhana, panaskan susu sehingga mendidih. Kemudian padamkan api. Kacau sehingga cream cheese cair.
  2. Kemudian masukkan butter dan telur kuning. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan pula bahan (*) yang telah diayak. Kacau lagi.
  4. Sediakan meringue. Masukkan telur putih ke dalam mangkuk. Pukul sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Untuk cara lebih detail sila rujuk resipi meringue oleh nure.
  5. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
  6. Masukkan 1/3 daripada meringue tadi ke dalam (2). Penaikkan dengan balloon whisk atau hand mixer.
  7. Kemudian masukkan pula 1/3 meringue lagi. Kacau dengan kaedah kaup balik. Masukkan pula meringue yg selebihnya. Kacau lagi.
  8. Isikan adunan ke dalam muffin cup 1/2 penuh. Kemudian letakkan sedikit jem kat tengah. letak lagi adunan sehingga 80% penuh.
  9. Isikan oven plate dengan sedikit air suam. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15~20 minit. Turunkan suhu ke 140 degree. Bakar lagi selama 30 minit.
  10. Bila dah masak, bolehlah sapukan permukaan dgn jem aprikot untuk nampak berkilat.
  11. TIP: Boleh juga bakar dalam loyang 18cm. Tak perlu letak jem sebab nampak tak cantik bila dipotong. Rasanya tetap sedap walau tanpa jem.
Reference : http://www.myresipi.com/top/detail/778

Handmade Classic Butter Cookies

Jom cuba resipi yg mudah dan ringkas ini.Resipi ini diambil drp web Myresipi. Saya mmg selalu merujuk web ni ble nak memasak.

 

Hasil air tangan saya...hihi

 

  

Bahan-bahan ( 36 biji - 4cm )

  • 370g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 150g gula
  • 150g butter-suhu bilik
  • sedikit esen vanila

 

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga putih.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau dgn spatula sehingga sekata.
  4. Wrap dgn plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  5. Keluarkan dr peti sujuk. Alaskan papan canai dengan plastik wrap. Letakkan doh kat atasnya. Kemudian letak satu lagi plastik wrap kat atas doh tadi. Canaikan sehingga setebal 5mm. Terapkan dgn cookie cutter.
  6. Bakar dalam suhu 180C selama 20-25 minit.


sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/1913

Goodbye 2011, Welcome 2012

 Hi, selamat tahun baru semua....semoga tahun baru ini memberi azam baru kpd anda semua utk lebih berjaya di masa akan datang. dah lama berniat nak ade blog baru skrg berkesempatan utk create blog. Thanks for my employer sbb bg kejutan kpd kami utk bercuti pjg. Actually, mmg xreti nak tulis apa kat blog ni, but I'll try my best utk berkongsi apa2 pengalaman hidup, catatan perjalanan dan etc.